APABILA SEDIKIT NIKMAT DITARIK

Assalamualaikum

Wah, dah lama rasanya tak menaip, busy3.. actually banyak yang saya cuba kongsikan juga, banyak cerita terutama sekali mengenai Gegaran dan Amaran Tsunami semalam, SubhanaAllah, sesungguhnya sangat mengerikan dan Allhamdulillah tiada apa yg berlaku. Semoga kita semua terus berada dalam pelindunganNYA.. Aminn..

So another story, Semalam adalah Cuti Umum bagi rakyat Malaysia, so if u guys mempunyai boss yang sangat memahami seperti saya surelah u all dapat cuti. Tetapi sekiranya u guys still terpaksa bertugas, tahniah juga diucapkan cuz menikmati gaji yang tidak seperti hari biasa (double) kan ? untunglah, so kepada kawan-kawan saya yang terpaksa bertugas difarmasi BP sehingga malam. jangan lah mencemburui saya ye. hehe.

Disebabkan kerabunan mata saya semakin kritikel, semalam 11/04/2012, selepas asyik menagguhkan niat dihati.. akhirnya saya gagahkan juga kaki masuk ke AXIS EYEWEA ditemani si dia.  seriously saya sendiri mengaku kerabunan mata saya semakin teruk cuma kesilapan saya cuz still menagguhkan waktu untuk bt pmeriksaan mata, bila kat farmasi, saya selalu salah menilai umur orang. contoh : seorang nenek yang berusia 70 keatas masuk kefarmasi , saya kata “ya kak, cari ubat apa ?” hah ! terpingga-pingga nenek tu tau, dia toleh kiri kanan dan pandang muka saya pelik. haha. sure dia kata “aku nampak muda atau dia dah tua” haha. bukan tu je, bila drive malam terutama waktu hujan, hmm,  sangat membahayakan nyawa disebabkan silau.

diantara soalan yang di ajukan di Axis semalam  :

Penjual :  dah berapa lama tak cek mata ?
Saya : 4 tahun *sambil bt muka tak bersalah
Penjual : sekarang pakai contact lens power berapa ?
Saya : 150 *jawab plahan2 sbb th salah
Penjual : 150 ? ikut power 4 tahun lepas lah ni ?
Saya : *angguk kepala perlahan2

dan seperti yang saya jangkakan sure pihak axis akan berleter kepada saya menasihatkan saya pelbagai benda, dan yup memang betul2 saya kena beleter, diataranya peringatan untuk cek mata setahun sekali dan risiko2 pengambilan contact lens pada power lens yang salah boleh mengakibatkan kerosakkan saraf mata kerana saya memaksa saraf mata untuk melihat, dan macam-macam lagi lah, dari 4.30pm untill 6pm okeh. haa, hebat kan ? just cek mata je tu. biasanya cek mata, letak kepala pada machine tu settle kan ? ye x ? tapi bbeza bagi saya, sangat lama, sambil dia cek mata saya, sambil tu jugalah kerap kali dia geleng kepala, katanya “you punya mata macam ini punya teruk tapi you still pakai 150 punya power ? sekarang you pnya silau mata pun banyak teruk oo, ni nasib u datang sekarang, kalau you lambat2 lagi kemudian saraf mata you rosak, i pun tak boleh tolong you” ok, bahasa disebelah adalah slang2 chinese. dan bila dia kata macamtu, saya cuma mampu terkebil-kebil sambil buat muka tak bersalah.

keputusannya :

hah, nampak tak note bawah tu ? 4 YEARS NO CHECK. huhu *tutup muka..
keputusannya selama ini saya memakai cermin mata pada power 150 tetapi sebenarnya kerabunan mata saya telah mencapai tahap 325, berkali ganda okeh. serta silau yang TERUK (-_-“) ini lah padah masa kecik2 dulu tak nak makan banyak carrot kan ? asyik2 makan ayam ayam ayam, hah, bf pun dapat doctor ayam, nasib badan ;p

ini keputusan untuk mata si dia. ceh ! sangat belagak okeh. konon banyak vitamin dalam badan, hallo, saya rabun sebab saya study hard tau, siang malam, terang gelap. dulu mama dengan abah selalu paksa tidur awal, so saya pula berdegil still nak study, mama dan abah mati kan lampu, saya sibuk baca buku thats y rabun *fine auta. hehe

keputusan bagi kami :

kalau dulu zaman sekolah je, bila tengk kawan2 pakai cermin mata, rasa dieorang sweetnyeee pakai speck, nampak bijak gituh. sekarang dah kena batang hidung sendiri, bila sedikit nikmat ditarik balik, hah hambik, tak boleh hidup tanpa contact lens dan spec (-_-“), orang javanese selalu kata kalau benda macamni terjadi, patut diucapkan ‘kawos’ bagi yang memahami tahniah, bagi yg tak memahami, pi cari partner warga javanese.

so, kesimpulannya :

hoorey ! ahad ni dapat spec baru setelah hampir 4 tahun tidak menukarnya ! sangat seronok. kepada u all yg still memiliki penglihatan yang baik, jagalah seeloknya, kalau nak TAMBAH lagi baik, mari jumpa saya, datang ke farmasi dan sebut nama saya, saya akan buat penerangan yang sangat sangat sangat terbaik dan memukau. hehe.

Andai dapat diundurkan masa, saya akan mengamalkan vitamin A sejak dari kecil lagi. andai dapat diundurkan masa saya akan jauhkan mata saya dari skrin TV semasa menonton cerita kegemaran, Andai dapat diundurkan masa pasti saya tidak akan sibuk membaca novel dalam keadaan gelap gelita. tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur dan marilah kita bersama-sama memakan bubur itu. hehe ;p

with love,
Fatin Fashiekin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s