LANTANG TAPI KOSONG

My tears is exclusive. But looking at how stupid some malays are.. It hurts. Bangunlah melayu, kita2 ini tidaklah ramai. Instead of doing action without thinking, how about we take time to think about the consequences, what it is all about, what will happen to our family members, etc. MOST of the time, people who use their brain rather than action first, will win.

With love,
FatinFashiekin

TRUE LEADER

I miss the Malaysia where I grew up. Tun M’s era. My most favourite era. Where the leader was strict, you-tak-suka-Malaysia-you-boleh-blah-style. Because to make everybody satisfied and happy is a definite absurdity. Yes I miss that kind of a leader. The current leader keeps spoiling us w short-term goodies which is similar to a busy parent who spoils his/her kids w temporary happiness such as candy and too much toys. At the end of the day, the kids will turn out to be unhealthy and still rebel because they are just spoilt and ungrateful. I prefer the strict parent kind whom the kids will hate at the spur of the moment when their demands are rejected, but as they grow older & wiser they will see the wisdom beyond the rigidity and they will eventually love the leader. As my best friends and I always say, if anybody talks trash about Tun M, we will defend and protect him, because to us, we love him like our own father, coz he loved us like his own kids when he led the government. WELL THAT IS MY TYPE OF A LEADER

With love,
FatinFashiekin

Posted with WordPress for BlackBerry.

DONT GIVE UP

DIRIMU sebenarnya tidak akan pernah gagal selagi PERGANTUNGANMU hanya kepada Allah.

Apabila dirimu mencari Allah dengan KEBENARAN nescaya Allah s.w.t akan mendatangkan ‘sesuatu’ seumpama CERMIN di tangan, insyaAllah.

Teruslah mencari DIA..
Jangan berputus asa.

Jangan berputus asa,
Allah sentiasa ada disamping kita 🙂

With love,
FatinFashiekin

Posted with WordPress for BlackBerry.

SESUNGGUHNYA

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.

– Imam Hasan Albasri

With love,
FatinFashiekin

Posted with WordPress for BlackBerry.

 

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri, merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraan, namun kita masih tak sedar mengenai HAKIKAT ERTI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA.

Ramai orang tersalah sangka mengenai maksud kebahagiaan dalam hidup, selalu orang mengaitkan faktor kebahagiaan hidup dengan harta, dengan faktor kekayaan,walaupun sememangnya faktor itu turut menjadi penyumbang, tetpi itu bukanlah segala-galanya. Ingatlah, betapa ramai orang yang berada dan memiliki rumah besar dan mewah, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak memiliki ketenangan dan lenanya tidak neyenyak. Bahkan orang yang tidur dipondok buruk,kadang-kala lebih lena tidurnya berbanding mereka yang menetap di rumah mewah. Ada juga orang yang dihidangkan dengan hidangan yang hebat dan lauk pauk yang hebat, tetapi lidahnya tidak memperolehi nikmat keenakan itu. Bahkan orang yang hanya di hidangkan satu dua jenis lauk sahaja tetapi dapat menikmati hidangan dengan lebih sedap dan selesa.
 
Kata Hamka, 
“lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya” 
semua orang menyangka, 
andai memiliki kemewahan tentulah akan memiliki 
kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan.
 
BELUM TENTU !
 
Tiada apa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT. Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Dan jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh di hulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
 
Jika Allah menguruskan urusan kita dan Allah tidak menyerahkan urusan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.
Jika Allah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangkakan kita tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah, apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak menyangka dan Allah mewujudkan keajaiban dalam kehiduan.
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah, lihatlah wahai dunia, kadangkala manusia apabila hilang suatu benda daripada dunia, seolah olah seperti hilang segala-galanya. Ingatlah kembali dalam hidup kita, sudah berkali-kali kita mengharungi keperitan hidup. Ingatlah ketika kita melalui keperitan kita akan merasakan seperti kita tidak dapat keluar daripada permasalahan itu, tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. 
 
Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita akan mengeluh dan berkata “habislah aku kali ini”, Tetapi usia kita semakin berjalan, Allhamdulillah kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidup ini. 
 
Ketika kesusahan kita akan mengatakan “Ya Allah tolonglah aku, Ya Allah tolonglah aku, aku susah Ya Allah”, tetapi hari ini kita telah lupa akan perkataan itu,dan kita kadang-kala lupa untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
 
Orang-orang berkata kepada kita 
“disana orang ramai berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau”,
 “habis lah kau kali ini”, Tetapi Allah berkata, iman dia bertambah. 
Tidak sepatutnya kita mengatakan
 “mengapalah Allah membenci aku? Apalah dosa aku”.

 JANGAN !
 
kata Al-Quran, iman mereka bertambah. 
Mereka kata “cukuplah bagi kami Ya Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”.
 
Pengalaman sering mematangkan diri, siapa yang tisdak melaluinya tidak akan memahami. Maksudnya, orang-orang yang pernah hidup dalam tawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal, bila hati insan bulat kepada Ya Rabbi “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadamu Ya Allah”
 
Kita sering lupa pada kehidupan kita di akhirat, 
apabila insan melihat dunia darpada dimensi akhirat, dia kan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas.
Masihkah kita ingat akan nikmat yang Allah berikan kepada kita selam ini ?
 
kita selalu hendak bersyukur andai diberikn benda baru.
Dan kita lupa bahawa apa yang ada pada kita ini adalah satu nikmat yang besar.
 

Kata Hamka, “Yang ada ini sudah harapan kita”
yang kita ada sekarang inilah harapan kita,. Tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa pada yang telah ada.

TAKDIR UNTUK KITA

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

andai kita ditakdirkan tidak dilahirkan sebagai anak orang kaya..bermakna kita mungkin akan melalui jalan hidup yang serba kelam..bermakna kita mungkin tidak dapat menikmati masa kanak2 kita dengan gemilang..kita mungkin tidak dapat apa yang kita nak..hanya sekadar tahu melihat dan menyaksikan orang yang nasibnya lebih baik dari kite mendapat apa yang dia nak sedangkan kita tidak..
ingat..jangan kite terlalu mengeluh kerana insyallah..tidak dilahirkan sebagai anak orang kaya tidak bermakna kita tidak boleh menjadi kaya..

andai kite ditakdirkan dilahirkan sebagai orang yang tidak genius..kita mungkin selalu gagal dalam pelajaran..orang lain belajar, terus melekat dekat kepala otak sedangkan kite puas berusaha..puas belajar tapi kita tetap mendapat markah yang tercorot..orang lain usaha sekali ganda..kita berusaha berkali kali ganda..kite tidak dapat masuk university..spm kite teruk..degree kite third class..dengan result yang kite ade..kite asyik fail untuk dapat kerja..
ingat..jangan terlalu sesal dengan pencapaian kite..kerana insyallah..tidak genius bukan bermakna kite bodoh..tidak mendapat grad yang bagus tidak bermakna kite lebih worse daripada mereka mendapat gred yang bagus..

andai kite ditakdirkan untuk bermula dari kosong..sedangkan orang lain bermula jauh lebih atas dari kite..tidak mengapa..setiap yang diatas itu pasti bermula dari bawah juga..maybe kite terpaksa bertatih dalam perniagaan..bermula dari kosong..merangkap..dan untuk bangun kite mengambil masa bertahun tahun..sedangkan kawan kite mungkin selepas habis belajar terus ambil alih syarikat family..dan tak sampai setahun sudah membina empayar..sedangkan kite masih terkial kial..tidak mengapa..kerana insyallah..rezeki itu sudah tertulis untuk kite dan mereka..mungkin cara dan bagaimana kite berjaya itu lain dan sukar..tapi kita harus yakin..Allah itu adil..

andai kite ditakdirkan berkali kali berjumpa dengan orang yang salah sedangkan ada orang lain ..sekali je berjumpa dengan orang yang betul dan hidup bahagia..tapi kita..asyik berjumpa orang yang salah..asyik dikecewakan..asyik derita..umur kita mungkin makin meningkat..tapi kite still tidak bertemu dengan jodoh kite..kite sering berjumpa dengan orang yang tidak menghargai kite..kemudian kite ditinggalkan..dan sampai suatu saat..kite bersendirian sedangkan orang lain bergembira dan berbahagia..
ingat..jangan kite terlalu meratapi nasib kite..kerana insyallah..Allah mahu memberi kite yang lebih baik..kerana Allah mungkin tahu nasib kite akan lebih baik jika kite bersendirian..kerana Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kite dimasa sekarang dan akan datang…

andai kite ditakdirkan dilahirkan sebagai orang yang tidak cantik,tidak kacak..muka kita berjerawat..kite gemuk..kite kurus kering..jangan kite berasa malu dengan kurniaan Allah pada kite..kerana insyallah..walaupun kite tidak secantik orang lain..tapi Allah kasih pada kite.hati kite tenang..kite tiada perasaan riak..kite terpelihara..ingat..kalau kite rasa kita tidak mempunyai rupa paras yang menawan..kite akan tetap kelihatan menawan dimata Allah dan dimata orang2 yang sayang kat kite..walaupun kite tidak cantik..tapi hati kite baik..biar orang cakap kat kite:walaupun dia taklah secantik mana..tapi dia sangat berbudi bahasa”..daripada orang cakap kat kite “muke je cantik..tapi busuk hati”….

insyallah..ada jalannya..

with love,
FatinFashiekin

KAYA TAK MENJAMIN BAHAGIA DAN MISKIN TAK MENJAMIN DERITA

saya teringat pada kata2 ustaz Azhar Idrus yang lebih kurang macam ni :

” Sekaya2 raja pn..sehebat2 raja pn..kalau jatuh sakit..tak leh buat apa2..duduk dekat wad kelas AAAAA pun..ade bodyguard jaga kat luar pun..katil mahal giler pun..tapi tak bleh nak makan..tak bleh nak berjalan sebab sakit..dah kalau nama pn raja, kan hebat..duit banyak kn..tapi kenapa last2..duit yang bertimbum tu tak dapet nak tolong dia makan guna mulut?? pastu nung dekat bawah sana..pak Guard hospital yang gaji 500 sebulan..yang tak de sapa pandang pon..lepas mengkedarah nasik..kedarah ayam lak..lepas makan ..makan lagi sampai 40kali sendawa “

With love,
FatinFashiekin

FASHIONISTA WITH HIJAB (MUSLIM GIRL)

Walaupun kita berhijab,
tetapi tak salah untuk bergaya,
as long kita masih tahu menjaga batas-batas
dan aurat kita seperti yang disarankan dalam islam 🙂

ImageImageImageImageImageImageImage

Islam bukan agama yang susah,
tetapi islam adalah agama yg begitu menyanyangi umatnya
dan sentiasa menjaga umatnya sebaiknya,
terutama sekali WANITA
islam menganggap wanita sebagai kaum
yang sewajarnya menjaga tatasusila dan auratnya
hanya buat maharnya.

with love,
FatinFashiekin